Want your
own Fotopage?










 
JALAL KOMPANG EZHAR

By: JALAL KOMPANG EZHAR ZON KUALA LUMPUR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Oct-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri

 
 
 
View all 5 photos...


Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga, minta maaf jika ada salah dan silap kami sekeluarga:

Jalaluddin Bin Masot [Cikgu Jalal @ JalalKompang]
Wan Suriana Binti Wan Hassan
Muhammad Aiman Asyraf Bin Jalaluddin
Muhammad Arif Asyraf Bin Jalaluddin



Care to comment?


Wednesday, 3-Sep-2008 11:11 Email | Share | | Bookmark
<Rabu 3 Sept 2008, 7.45 pagi> SELAMAT PAGI MALAYSIA [RTM1]

 
 
 
View all 9 photos...
<Rabu 3 September 2008, 7.45 -10.00 pagi> Pasukan Kompang EZHAR Zon Kuala Lumpur dalam Program SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM1








Pasukan Khas Zon Kuala Lumpur di undang untuk membuat persembahan dalam program SELAMAT PAGI MALAYSIA di saluran RTM1. Pasukan diketuai oleh Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim [Penasihat Zon Kuala Lumpur] & Cikgu Jalaluddin Bin Masot [Ketua Zon Kuala Lumpur] bersama 6 orang Putra & 6 orang Putri

Persembahan dimulakan dengan Selawat & pukulan pembukaan pada tepat pukul 7.45 pagi oleh Cikgu Jalaluddin Bin Masot bersama 12 orang Putra Putri, di ikuti dengan Zikir Aini pada pukul 8.30 pagi.

Selepas Warta jam 9, di susuli pula dengan Lagu Pengantin "Selamat Raja Sehari" ; seterusnya Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim [Ketua Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR] ditemuramah oleh perantara SPM saudara Hisyam tentang Pasukan Kompang EZHAR Zon Kuala Lumpur & diakhir program pada pukul 10 pagi, persembahan Lagu Patriotik "Tanah Pusaka" di ketuai oleh Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim



Terima kaseh kepada yang memberi sokongan....sesungguhnya kami juga mewakili EZHAR. Semoga ezhar trus maju jaya dan berkembang Fri 5-Sep-2008 07:45
Posted by: the compunk boyz
wah... sekarang ni cikgu jalal makin kerap masuk TV...
bangga dengan usaha zon KL mempamerkan seni budaya kita...
syabas kpd semua ahli yg terlibat...
lepas ni kalau jumpa korang, kena mintak sain autograf... sebab dah jadi selebriti!
Sat 20-Sep-2008 17:42
Posted by:shazlina
teke yang mano satu den....hehehe Mon 29-Sep-2008 09:58
Posted by:prebet ryan
View all 4 comments Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 12:34 Email | Share | | Bookmark
<24 Ogos 2008, Ahad 9.00 pagi> Pertandingan Kompang Berformasi

 
 
 
View all 18 photos...
<24 Ogos 2008, Ahad 9.00 pagi> Pertandingan Kompang Berformasi, Sempena Fiesta Usahawan Bantuan Ekonomi Kampung [BEK] 2008; Anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Malaysia










JUARA: EZHAR Sri Gadong Tengah Klang [wakil KEMAS Selangor]



NAIB JUARA: EZHAR Taman Koperasi Polis Fasa 2 [wakil KEMAS Wilayah Persekutuan]



Ke 3: EZHAR Permatang Pasir [wakil KEMAS Melaka]




Pertandingan Kompang ini berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Wilayah Persekutuan, Kg Sri Batu Kuala Lumpur. Sebanyak 8 pasukan bertanding , dari 6 negeri. Juara bawa pulang wang tunai RM1,000. Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Y.Bhg. Datuk Hajjah Jamaliah Bt Kamis

JUARA> Kompang EZHAR Sri Gadong Tengah, Klang [mewakili KEMAS Selangor]
NAIB JUARA > Kompang GDW Kg. Batu Muda [mewakili KEMAS Wilayah Persekutuan]
Ke 3 > Kompang Ezhar Permatang Pasir [mewakili KEMAS Melaka]
Ke 4 > Kompang GDW Kampung Sri Batu [mewakili KEMAS Wilayah Persekutuan]
Ke 5 > Kompang Belia AGIM, Kampung Sentosa Semenyih [mewakili KEMAS Selangor]
Ke 6 > Kompang GDW Kampung Sagil, Parit 3 Ledang [mewakili KEMAS Johor]
Ke 7 > Kompang Nur Kampung Kelawar, Tanjung Malim [mewakili KEMAS Perak]
Ke 8 > Kompang Fajar Baru, Bukit Goh Kuantan [mewakili KEMAS Pahang]



tahniah dari sy utk cawangan sri gadung tgah... semoga caw setia indah bt.3 mengikut jejak juaramu.. hidup cikgu izam Sun 8-Mar-2009 11:04
Posted by:rizal sahrizal30@yahoo.com.my
dulu ezhar permtg psir klh kat c2,tp kiteorg tebus dgn mnjd juara peringkt melaka..
akula bdk ezhar prmtg psir....
Wed 22-Jul-2009 07:52
Posted by:asyraf asyraf_boyezhar@yahoo.com
tumpang tanya....kat mana ye nak dapatkan khidmat kompang untuk majlis perkahwinan? area beserah/kuantan.

tq
Wed 2-Sep-2009 03:59
Posted by:huda
View all 5 comments Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 22:13 Email | Share | | Bookmark
<17-8-2008, 8.30 malam> Majlis Persandingan Haneeza & Herman

 
 
 
View all 15 photos...







<Ahad 17 Ogos 2008, 8.30 malam> Majlis Persandingan Haneeza & Herman di Restoran Nelayan Titiwangsa

Pasangan ini memilih Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Sejahtera Segambut untuk Majlis Persandingan mereka

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"



Terima kasih kerana telah membantu memeriahkan majlis kami. Wed 3-Sep-2008 08:04
Posted by:Herman & Haneeza
Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 13:18 Email | Share | | Bookmark
<Ahad 17 Ogos 2008, 9.00 pagi> Majlis Perkhataman Cheras Perdana

 
 
 
View all 30 photos...











<Ahad 17 Ogos 2008, 9.00 pagi> Majlis Perkhataman Cawangan Taman Cheras Perdana

Jurulatih : Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim, Cawangan ke 6 yang berjaya di khatamkan [Kg.Melayu Sri Kundang, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kg. Puah RT, Taman Melati generasi 1 & 2]

Pemimpin Seni 1: Muhammad Jeffry Affendy
Pemimpin Seni 2: Muhammad Farez Bin Mohd Zen



Care to comment?


Sunday, 10-Aug-2008 14:47 Email | Share | | Bookmark
<10-8-2008, Pandan Lake Club> Majlis Perkahwinan Arnida & Fadil

 
 
 
View all 7 photos...




Undangan yang diterima oleh Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Kg Tasek Tambahan Zon Kuala Lumpur

Ahad 10 Ogos 2008, 1.00 tengahari, Majlis Perkahwinan Arnida & Fadil
di Pandan Lake Club Kuala Lumpur


"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"



cikgu jalal majlis ari raya zon kl tak de ke tahun nie? Sat 18-Oct-2008 16:17
Posted by:fawzie are_jie88@yahoo.com
Add comment


Saturday, 9-Aug-2008 22:31 Email | Share | | Bookmark
<Sabtu 9 Ogos 2008> The Saujana KL "Tim & Fare Wedding"

 
 
 
View all 11 photos...






Sabtu 9 Ogos 2008, 8.00 malam, Majlis Persandingan Timorthy Hardie Ketit & Farehana Imran di The Saujana Kuala Lumpur [Subang]

Pasukan Kompang & Silat EZHAR Zon Kuala Lumpur dijemput untuk mengarak pengantin & membuat persembahan. Majlis diakan di 'Pool Side' The Saujana Kuala Lumpur

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"



Care to comment?


Friday, 8-Aug-2008 18:08 Email | Share | | Bookmark
<Jumaat 8-8-2008, PWTC> Perasmian jenama KLIFE

 
 
 
View all 12 photos...




<Jumaat 8-8-2008, PWTC> Perasmian jenama KLIFE oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, YB Dato Noh Omar


Care to comment?


Sunday, 3-Aug-2008 00:51 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI LAHIR : Cikgu Norizam Bin Aminuddin


Cikgu Jalaluddin, Cikgu Zainal, Pakguru Abdul Rahman Yim, Cikgu Zainul, Cikgu Norizam



Cikgu Norizam, Mohd Nor Izzat & Cikgu Jalaluddin


Cikgu Norizam Bin Aminuddin atau nama sebenar Mohd Nor Izam Bin Aminuddin dilahirkan pada hari Sabtu 6 Muharram 1377 Hijrah bersamaan 3 Ogos 1957 di Klang Selangor. Beliau adalah putera sulung kepada Aminuddin Bin Manap dan Yang Asmah Binti Long.

Cikgu Norizam mempunyai 8 orang adik beradik, salah seorang adiknya adalah Diva Rock Malaysia iaitu Ella. Cikgu Norizam sangat meminati kompang sejak kecil lagi. Ketika zaman remaja beliau, Ella juga turut sama bermain kompang dengan Cikgu Norizam & abang serta kakaknya [Jojie & Korie]

Cikgu Norizam mendirikan rumahtangga ketika usia 23 tahun dengan pilihan hatinya Salmiah Binti Ahmad, dikurniakan seorang Putri & dua orang Putra: 1-Yang Halimatul Sadiah, 2-Mohd Nor Izwan dan 3-Mohd Nor Izzat.

Pada usia 51 tahun ini Cikgu Norizam masih bergiat aktif dalam kesenian Kompang EZHAR. Kerjaya beliau sekarang adalah sebagai Pengarah Urusan Ombak Warna Sdn Bhd, pengusaha barangan kosmetik jenama ELLA.


Latar belakang dalam kesenian kompang EZHAR:
Cawangan asal Kg. Teluk Gadong Klang, dibawah jurulatih Cikgu Zakaria Bin Muhamad; dikhatamkan dalam tahun 1975 dan ditauliahkan sebagai Khalifah pada tahun 1976 ketika usia 19 tahun. Antara rakan seperjuangan Cikgu Norizam adalah Cikgu Baharuddin Bin Abu Bakar [Pemimpin Seni 1 ketika itu dan Cikgu Norizam sebagai Pemimpin Seni 2] juga Cikgu Norshamsuddin Bin Mohd Nor.

Cawangan yang telah dikhatamkan oleh Cikgu Norizam Bin Aminuddin:
1-Kg. Pasir Tuntung
2-Kg. Api-Api
3-Kg. Tampoi Banting
4-Kg. Sungai Udang
5-Kg. Bukit Naga
6-Tanjung Sepat
7-Batu Tiga
8-Sri Gadong Tengah

Anak murid yang telah dilahirkan:
1-Cikgu Jakiran Bin Jacomah
2-Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim
3-Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim
4-Cikgu Abdul Wahid Bin Ibrahim
5-Cikgu Hamli Bin Zamzam
6-Cikgu Haji Albakri Bin Haji Alias

Dinasti Cikgu Norizam Bin Aminuddin merangkumi:
90% Putra Putri EZHAR Zon Kuala Lumpur [Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim & Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim]
100% Putra Putri EZHAR Zon Kuala Selangor [Cikgu Jakiran Bin Jacomah, Cikgu Hamli Bin Zamzam & Cikgu Abdul Wahid Bin Ibrahim]
100% Putra Putri EZHAR di Negeri Perak [Cikgu Haji Albakri Bin Haji Alias]

Anak murid & cucu Cikgu Norizam Bin Aminuddin yang diberi amanah:
Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim - Ketua MJGG
Cikgu Jakiran Bin Jacomah - Timbalan Pengerusi EZHAR PUSAT
Cikgu Jalaluddin Bin Masot - Setiausaha MJGG
[anak murid kepada Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim]

Rantaian anak & cucu Cikgu Norizam Bin Aminuddin:
Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim melahirkan:

>Cikgu Yusri Bin Abd Rahman
>Cikgu Muhd Riduan Bin Isa
>Cikgu Samsul Akmal Bin Hassan
>Cikgu Rafidan Bin Abu Bakar

Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim melahirkan:
>Cikgu Jalaluddin Bin Masot
>Cikgu Mohd Hafidz Bin Zaimar
>Cikgu Kamarul Asriaizat Bin Kamaruzaman
>Cikgu Azman Arif Bin Ramli

SELAMAT HARI LAHIR CIKGU NORIZAM BIN AMINUDDIN


Syabas dan Tahniah kepada pihak pengurusan laman web Kompang Ezhar.
Ianya semakin canggih dan amat menarik.
Segmen2 yang diperkenalkan juga sangat berguna.
Harap ahli serta pihak pengurusan tidak jemu dalam meneruskan usaha ini.
Semoga hasil titik peluh dan minat anda terus memberi manfaat kepada semua...
Wed 9-Jul-2008 15:00
Posted by:Fadzil Hisham
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU Mon 4-Aug-2008 16:07
Posted by:Wira Damai
Saya mewakili warga ezhar cheras perdana,mengucapkan Selamat hari lahir yang ke 51 tahun...Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat selalu.... Tue 5-Aug-2008 04:02
Posted by:rafi
View all 4 comments Add comment


Saturday, 2-Aug-2008 22:22 Email | Share | | Bookmark
<Sabtu 2-8-08, 9.00 mlm> KL Hilton "Edz & Ain"

 
 
 
View all 24 photos...








Sabtu 2 Ogos 2008, 9.00 malam, Majlis Persandingan Edzuanizam & Khaizuratul Ain; di KL Hilton Hotel, Kuala Lumpur Sentral

Pasukan Kompang EZHAR Zon KL di jemput untuk mengiringi pasangan pengantin ini. Dimulakan dengan selawat oleh Pasukan Kompang EZHAR Zon KL dari arah kiri dan kanan pintu masuk utama, pasangan pengantin ini masuk ke dalam Ballroom. Kemudian baru di iringi dengan paluan kompang yang di pimpin oleh Cikgu Mohd Hafidz, Cikgu Zainal Kamaruddin & Cikgu Aizat bersama 9 orang ahli Pasukan Khas Zon KL.

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"

Care to comment?


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.