|
|
| Sunday, 26-Oct-2008 14:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Ahad 26 Oktober 2008> Majlis Persandingan pasangan kembar
|
|
<Ahad 26 Oktober 2008, 1.00 tengahari> Majlis Persandingan pasangan kembar Marmi Zailan dengan Alifatul Kamilah & Marmi Zaili dengan Nortiar di Kampung Batu Muda
Pasangan kembar ini memilih Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Koperasi Polis Fasa 2 untuk Majlis Persandingan mereka. Pasukan ini diketuai oleh Saudara Wan Amizul Khidi Bin Wan Kamarudin
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Oct-2008 19:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lokasi Bersejarah [Kampung Chendana]
|
|
Detik sejarah kesenian Ezhar Wilayah Persekutuan & Selangor bermula pada penghujung tahun 1966, adalah dari cetusan rasa Tuan Haji Mohd Ibrahim Bin Haji Mohd Sahid bersama beberapa orang rakannya iaitu : 1-Awang, 2-Pak Sudi, 3-Tambi, 4-Mat Sab, 5-Mat Kelantan, 6-Mat Ajam, 7-Mohd Suri
Cikgu Jalaluddin Bin Masot dilahirkan di Melaka dalam tahun 1974 [tempat mula EZHAR di Malaysia] dan dibesarkan di Kampung Chendana dari tahun 1975 hingga 1987. Rumah beliau terletak di belakang kedai Allahyarham Pak Sudi. Cikgu Jalal pernah bertemu dengan Almarhum Pak Sudi & Almarhum Mat Sab ketika hayat dua individu ini.
Antara ahli EZHAR yang pernah menetap di Kampung Chendana ialah Pak Brahim, Cikgu Alias Md Ariff, Cikgu Rahman Mohamad & Rahim Omar @ Anjang [Pegawai Disiplin Zon KL]
Kini Penduduk asal Kampung Chendana telah dipindahkan ke beberapa penempatan baru antaranya Bandar Baru Wangsa Maju & PPR Chochrane.
Tapak bekas gelanggang silat Kampung Chendana
Papan tanda Jalan Chendana dari arah Jalan Raja Abdullah
Papan tanda Jalan Cendana dari arah Jalan Sultan Ismail
Salah satu laluan masuk ke Kg Chendana
Pangsapuri mewah yang mengganti tapak setinggan Kampung Chendana
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 13:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<20 Okt 2008> Pelancaran Iklan Bank Rakyat
|
|
Undangan Pasukan Khas Zon Kuala Lumpur dengan kerjasama Cawangan Kg Lindungan & Cawangan Sri Gadong Tengah : Isnin 20 Oktober 2008, 8.30 pagi
Pelancaran Iklan Bank Rakyat di pesawat Air Asia, disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Ushawan & Koperasi YB Dato Saifuddin Abdullah di LCCT Sepang
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Oct-2008 13:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Untuk Tatapan Putra & Putri EZHAR....
|
|
Pada 1 Syawal yang lalu saya sekeluarga berhari raya di kampung halaman saya [Kampung Pinang A, Batang Tiga Melaka] selepas bersalaman dengan bonda, adik beradik & ahli keluarga, saya ke Masjid Pokok Assam Batang Tiga untuk solat sunat Aidil Fitri.
Selepas itu ke pusara Datuk & Nenek di sebelah masjid, kemudian sambung menziarah keluarga di Bukit Piatu & Umbai. Saya tidak ketinggalan menziarah ke Pusara Almarhum Pakguru Kesenian EZHAR yang ke 3, Haji Ramli Bin Haji Dawam di Duyung Melaka
Saya berkesempatan mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan semua Putra Putri EZHAR yang belum berkesempatan ke Pusara Almarhum Pakguru Haji Ramli.
Al-Fatehah.............
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Oct-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Aidil Fitri
|
|
Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga, minta maaf jika ada salah dan silap kami sekeluarga:
Jalaluddin Bin Masot [Cikgu Jalal @ JalalKompang]
Wan Suriana Binti Wan Hassan
Muhammad Aiman Asyraf Bin Jalaluddin
Muhammad Arif Asyraf Bin Jalaluddin
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Sep-2008 11:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Rabu 3 Sept 2008, 7.45 pagi> SELAMAT PAGI MALAYSIA [RTM1]
|
|
<Rabu 3 September 2008, 7.45 -10.00 pagi> Pasukan Kompang EZHAR Zon Kuala Lumpur dalam Program SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM1
Pasukan Khas Zon Kuala Lumpur di undang untuk membuat persembahan dalam program SELAMAT PAGI MALAYSIA di saluran RTM1. Pasukan diketuai oleh Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim [Penasihat Zon Kuala Lumpur] & Cikgu Jalaluddin Bin Masot [Ketua Zon Kuala Lumpur] bersama 6 orang Putra & 6 orang Putri
Persembahan dimulakan dengan Selawat & pukulan pembukaan pada tepat pukul 7.45 pagi oleh Cikgu Jalaluddin Bin Masot bersama 12 orang Putra Putri, di ikuti dengan Zikir Aini pada pukul 8.30 pagi.
Selepas Warta jam 9, di susuli pula dengan Lagu Pengantin "Selamat Raja Sehari" ; seterusnya Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim [Ketua Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR] ditemuramah oleh perantara SPM saudara Hisyam tentang Pasukan Kompang EZHAR Zon Kuala Lumpur & diakhir program pada pukul 10 pagi, persembahan Lagu Patriotik "Tanah Pusaka" di ketuai oleh Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Aug-2008 12:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<24 Ogos 2008, Ahad 9.00 pagi> Pertandingan Kompang Berformasi
|
|
<24 Ogos 2008, Ahad 9.00 pagi> Pertandingan Kompang Berformasi, Sempena Fiesta Usahawan Bantuan Ekonomi Kampung [BEK] 2008; Anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Malaysia
JUARA: EZHAR Sri Gadong Tengah Klang [wakil KEMAS Selangor]
NAIB JUARA: EZHAR Taman Koperasi Polis Fasa 2 [wakil KEMAS Wilayah Persekutuan]
Ke 3: EZHAR Permatang Pasir [wakil KEMAS Melaka]
Pertandingan Kompang ini berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Wilayah Persekutuan, Kg Sri Batu Kuala Lumpur. Sebanyak 8 pasukan bertanding , dari 6 negeri. Juara bawa pulang wang tunai RM1,000. Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Y.Bhg. Datuk Hajjah Jamaliah Bt Kamis
JUARA> Kompang EZHAR Sri Gadong Tengah, Klang [mewakili KEMAS Selangor]
NAIB JUARA > Kompang GDW Kg. Batu Muda [mewakili KEMAS Wilayah Persekutuan]
Ke 3 > Kompang Ezhar Permatang Pasir [mewakili KEMAS Melaka]
Ke 4 > Kompang GDW Kampung Sri Batu [mewakili KEMAS Wilayah Persekutuan]
Ke 5 > Kompang Belia AGIM, Kampung Sentosa Semenyih [mewakili KEMAS Selangor]
Ke 6 > Kompang GDW Kampung Sagil, Parit 3 Ledang [mewakili KEMAS Johor]
Ke 7 > Kompang Nur Kampung Kelawar, Tanjung Malim [mewakili KEMAS Perak]
Ke 8 > Kompang Fajar Baru, Bukit Goh Kuantan [mewakili KEMAS Pahang]
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Aug-2008 22:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<17-8-2008, 8.30 malam> Majlis Persandingan Haneeza & Herman
|
|
<Ahad 17 Ogos 2008, 8.30 malam> Majlis Persandingan Haneeza & Herman di Restoran Nelayan Titiwangsa
Pasangan ini memilih Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Sejahtera Segambut untuk Majlis Persandingan mereka
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Aug-2008 13:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Ahad 17 Ogos 2008, 9.00 pagi> Majlis Perkhataman Cheras Perdana
|
|
<Ahad 17 Ogos 2008, 9.00 pagi> Majlis Perkhataman Cawangan Taman Cheras Perdana
Jurulatih : Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim, Cawangan ke 6 yang berjaya di khatamkan [Kg.Melayu Sri Kundang, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kg. Puah RT, Taman Melati generasi 1 & 2]
Pemimpin Seni 1: Muhammad Jeffry Affendy
Pemimpin Seni 2: Muhammad Farez Bin Mohd Zen
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 14:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<10-8-2008, Pandan Lake Club> Majlis Perkahwinan Arnida & Fadil
|
|
Undangan yang diterima oleh Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Kg Tasek Tambahan Zon Kuala Lumpur
Ahad 10 Ogos 2008, 1.00 tengahari, Majlis Perkahwinan Arnida & Fadil
di Pandan Lake Club Kuala Lumpur
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|