|
|
| Sunday, 21-Dec-2008 16:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Ahad 21-12-2008, 1.30 tghri> Dr.Sofia Annaim & Dr.Mohamad Israk
|
|
<Ahad 21 Disember 2008, 1.30 tengahari> Majlis Persandingan Dr.Sofia Annaim Binti Abdussyukur dengan Dr.Mohamad Israk Bin Mohamad Isa di Putra Height, Shah Alam Selangor
Pasangan pengantin ini memilih Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Kampung Puah Bahagia Beringin untuk Majlis Persandingan mereka. Pasukan ini diketuai oleh Saudara Mazri Bin Haji Dahlan bersama 16 orang Putra Putri; juga turut membantu Saudara Sahril Bin Nordin
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Dec-2008 15:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Sabtu 20-12-2008, 2ptg> Majlis Persandingan Nurulhalina & Fadil
|
|
<Sabtu 20 Disember 2008, 2.00 petang> Majlis Persandingan Nurulhalina Binti Dato’ Jalaluddin Hassan dengan Fadil Bin Haji Zainuddin, di Ampang Jaya Selangor
Pasangan pengantin ini memilih Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Sejahtera Segambut untuk Majlis Persandingan mereka. Pasukan ini diketuai oleh Cikgu Jalaluddin Bin Masot bersama 20 orang Putra Putri; juga turut membantu Pasukan Cawangan Kg.Tasek Tambahan & Saudara Sahril Bin Nordin
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Dec-2008 23:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Jumaat 19-12-2008, 10 malam> Majlis Berinai Nurulhalina & Fadil
|
|
<Jumaat 19 Disember 2008, 10.00 malam> Majlis Malam Berinai pasangan Nurulhalina Binti Dato’ Jalaluddin Hassan dengan Fadil Bin Haji Zainuddin, di Ampang Jaya Selangor
Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Sejahtera Segambut mengarak pengantin lelaki ke rumah Dato Jalaluddin Hassan di sambut oleh pengantin perempuan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Datuk Hassan Azahari [nenda pengantin perempuan] kemudian disusuli majlis berinai oleh tetamu & ahli keluarga diselangi dengan persembahan lagu pengantin oleh pasukan kompang EZHAR
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Dec-2008 14:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<14 Disember 2008, Ahad 10.00pagi> Pegawai Adat Baru
|
|
Majlis Pentauliahan Pegawai Adat Baru Kesenian EZHAR Pengambilan Sesi 1/2008
Ahad 14 Disember 2008, 10.00 pagi, di Dewan Taman Melati Kuala Lumpur
Majlis disempurnakan oleh Pakguru Kesenian EZHAR Malaysia, Pakguru Abdul Rahman Bin Yim & Pengerusi EZHAR PUSAT, Tuan Haji Mohamad Ibrahim Bin Mohamad Sahid.
Pakguru menganugerahkan Selempang Pegawai Adat & Pengerusi menyampaikan Watikah Perlantikan Pegawai Adat Baru kepada:
1-Cikgu Samsul Akmal Bin Hassan
2-Cikgu Rafidan Bin Abu Bakar
3-Cikgu Mohd Hafidz Bin Zaimar
4-Cikgu Azman Arif Bin Ramli
5-Cikgu Kamarul Asriaizat Bin Kamaruzzaman
Disaksikan oleh semua Pegawai Adat yang hadir; seterusnya diadakan Mesyuarat Khas MJGG
Cikgu Abdul Rahman Mohamad, Tn.Hj.Mohamad Ibrahim Mohamad Sahid, Pakguru Abdul Rahman Yim
Antara Pegawai Adat yang hadir
Cikgu Samsul Akmal Bin Hassan
Cikgu Rafidan Bin Abu Bakar
Cikgu Mohd Hafidz Bin Zaimar
Cikgu Azman Arif Bin Ramli
Cikgu Kamarul Asriaizat Bin Kamaruzzaman
Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim bersama 3 orang anak muridnya yang baru ditauliahkan
Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim bersama 2 orang anak muridnya yang baru ditauliahkan
Cikgu Eizat, Cikgu Samsul, Cikgu Azman, Cikgu Hafidz, Cikgu Rafidan
Ucapan Tahniah kepada lima Pegawai Adat Baru ini dari EZHAR PUSAT, Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR & seluruh warga EZHAR Zon Kuala Lumpur khasnya serta seluruh warga EZHAR amnya
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Dec-2008 22:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<9-12-2008, 9.00 malam> MIGF at POTGH
|
|
<Selasa 9 Disember 2008, 9.00 malam> Malaysia International Gourmet Festival di Palace Of The Golden Horses
Pasukan Kompang EZHAR Zon Kuala Lumpur menyambut Tetamu Diraja, Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Dec-2008 16:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<6 Disember 2008, 12.30tghri> Dewan Komuniti Taman Ibukota
|
|
<Sabtu 6 Disember 2008, 12.30tghri> Majlis Persandingan Farhan Safizaini & Norhasida, di Dewan Komuniti Taman Ibukota
Pasangan pengantin ini memilih Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Kg Puah Bahagia Beringin untuk Majlis Persandingan mereka. Pasukan ini mengiringi pengantin dengan paluan kompang masuk ke dewan disusuli selawat pengantin oleh Cikgu Jalaluddin Bin Masot
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Nov-2008 17:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<16-11-08 Ahad> Majlis Berkhatan cucu Pengerusi Caw W.Damai
|
|
<16-11-08 Ahad> Majlis Berkhatan cucu Pengerusi EZHAR Cawangan Kg Melayu Wira Damai [Encik Mohamad Amin Bin Dawi]
Majlis meraikan 3 orang cucu Encik Amin ini diadakan dengan penuh meriah; Mohd Hafiz Hafizi, Mohd Hafiz Daniel, Mohd Hafiz Adzrin & Mohd Farhin.
Pasukan kompang EZHAR Cawangan Kg Melayu Wira Damai mengarak 4 orang kanak-kanak ini mengelilingi Wira Damai dan 'disandingkan' di rumah datuk mereka. Disusuli majlis doa selamat & 'merenjis'.
Majlis juga diserikan dengan 'Adat Bersiram' ; Zaman dahulu kanak-kanak yang ingin di khatankan biasanya akan mandi sungai tapi kini zaman telah berubah Encik Abdul Hamid ayah kepada Hafizi, Daniel & Adzrin mohon kerjasama Jabatan Bomba untuk "Mandikan" anak beliau yang akan berkhatan keesokan harinya [Isnin 17-11-08]
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Nov-2008 15:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TAHNIAH !!
|
|
<Jumaat 14 November 2008> Cikgu Jalal @ Jalal Kompang memenangi hadiah motorsikal NAZA Blitz
TAHNIAH untuk Cikgu Jalal kerana memenangi sebiji motorsikal keluaran NAZA BIKES iaitu skuter NAZA Blitz 150cc dalam Kuiz Merdeka 2008 yang dianjurkan oleh stesen radio KLFM 97.2fm.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Nov-2008 14:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<Ahad 9-11-2008> Majlis Persandingan Kamal & Zurah
|
|
<Ahad 9-11-2008> Majlis Persandingan Kamal & Zurah
Persembahan Silat EZHAR dari Melaka
Persembahan Silat EZHAR dari Singapura
Pasangan pengantin Kamal & Zurah adalah Putra & Putri Caw. Taman Desa Ria, mereka adalah anak murid Cikgu Abdul Rahman Bin Salleh yang di khatamkan pada tahun 1998
Cikgu Mohd Khairil Abd Hadi @ Cikgu Along & Cikgu Abdul Rahman Bin Salleh mengetuai pasukan kompang mengarak pengantin lelaki
Cikgu Jalaluddin mengetuai pasukan kompang mengarak pengantin perempuan
Majlis Perkahwinan Puteri Sulung Cikgu Haji Nordin Bin Haji Othman NORAZURAH BINTI HAJI NORDIN dengan pasangannya KAMARUDDIN BIN MOHAMMAD
Majlis Malam Berinai Sabtu 8 November 2008 & Majlis Persandingan pada hari Ahad 9 November 2008, di Taman Desa Ria Fasa 5A Petaling Jaya
Seramai lebih kurang 80 orang Putra Putri EZHAR dari Kuala Lumpur, Selangor & Melaka meraikan kedua pasangan pengantin ini di sebelah malam dan sebelah siang.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA"
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 13:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<30 Oktober 2008> KL Open House @ Tugu Negara KL
|
|
<Khamis 30 Oktober 2008, 10.00 pagi> "KL Open House Hari Raya & Deepavali"di Tugu Negara Kuala Lumpur. Program di anjurkan bersama oleh Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pasukan Kompang EZHAR Zon Kuala Lumpur di undang bagi menyambut ketibaan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab. Hakim Borhan yang menjadi tetamu khas KL Open House. Pasukan ini dipimpin oleh Saudara Rahim Bin Omar bersama 2 orang putri & 4 orang putra yang berpakaian kebangsaan sepasang kuning.
Datuk Bandar Kuala Lumpur & Pengarah DBKL di arak dengan Paluan Kompang EZHAR & Paluan Gendang India melihat semua gerai juadah yang dipilih khas oleh MTPKL & DBKL bagi KL Open House. Lebih kurang 25 gerai dengan pelbagai juadah masyarakat Melayu & India disediakan. Pelancong Asing yang melawat Tugu Negara turut dijamu dengan juadah masyarakat Malaysia & persembahan Tarian Melayu & India.
|
|
|
|